Lombong arang batu runtuh, sembilan terperangkap

0
28

SEKURANG-kurangnya sembilan pelombong dikhuatiri terperangkap selepas lombong arang batu di Coahuila utara Mexico runtuh, lapor Xinhua, kata Presiden Negara Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador semalam.

“Runtuhan lombong arang batu di bandar Sabinas mungkin disebabkan banjir, hingga mengakibatkan pelombong terperangkap.

“Kami berharap dapat menjumpai mereka dalam keadaan selamat,” ciap Lopez Obrador di media sosial, lapor Bernama.

Pasukan penyelamat telah dikerah ke lokasi berkenaan dan siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan.

Sementara itu agensi berita asing melaporkan setakat ini, tiga pelombong telah berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk tindakan susulan menurut Kementerian Keselamatan

Ahli keluarga mangsa terperangkap juga sedang menunggu dan merayu di luar lombong untuk mengetahui perkembangan terkini baki pekerja yang terperangkap.

Seramai 92 askar beserta pakar dan anjing penyelamat sedang bekerja keras untuk menyelamatkan pelombong yang masih terperangkap dalam operasi itu. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here