Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tips ke MAHA 2022 -

Tips ke MAHA 2022

PAMERAN Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang bakal berlangsung pada 4 hingga 14 Ogos di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pastinya menarik ribuan malah jutaan pengunjung seluruh negara.

Bagi mengelakkan kesesakan selain memastikan pengunjung merasai kemeriahan, berikut antara tips dan panduan yang boleh digunakan di pameran dwi-tahunan ini.

  1. Sedia baki kad Touch n Go mencukupi. Caj RM5 dikenakan.

Tips awal yang perlu diingati bagi pengunjung adalah menyediakan kad Touch n Go dengan baki mencukupi apabila caj sebanyak RM5 dikenakan bagi parkir.

Boleh menghadiri pameran seawal jam 9 pagi untuk mendapatkan ruang meletakkan kenderaan serta mengelakkan kesesakan di pintu masuk.

Orang ramai turut dinasihati memakai pakaian bersesuaian bagi membolehkan diri bertahan untuk mengunjungi lebih 1,500 ruang pameran termasuk jualan produk industri makanan dan pertanian.

Meskipun pihak penganjur akan menyediakan trem, pengunjung yang ramai pasti memberi sedikit kesukaran untuk menaikinya.

Bagi yang membawa kanak-kanak, beberapa pesanan serta tips perlu diambil perhatian bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

Antaranya, ibu bapa dan penjaga perlu memastikan kanak-kanak berada di bawah pengawasan sepanjang masa.

Bagi yang membawa warga emas, mereka dinasihatkan membawa kerusi roda bagi memudahkan urusan sepanjang berada di tapak pameran.

Bagi yang beragama Islam khususnya golongan muslimah, mereka disaran membawa telekung sendiri kerana jumlah pengunjung yang ramai.

Bagi yang mahu mendapatkan pelbagai jenis produk, mereka dinasihatkan untuk membawa troli atau beg bersaiz besar untuk membawa barangan yang dibeli.

  1. Datang seawal 9 pagi elak kesesakan di pintu masuk

Akhir sekali, pihak penganjur serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga mengalu-alukan pengunjung untuk merakam gambar bagi dimuat naik ke media sosial dengan tanda pagar #MAHA2022 bagi memeriahkan lagi ekspo ini.