Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rundingan BRN, RTG berjaya capai titik persamaan signifikan -

Rundingan BRN, RTG berjaya capai titik persamaan signifikan

RUNDINGAN kali kelima antara Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) dan Kerajaan Thai (RTG) pada 1 hingga 2 Ogos lalu telah berjaya mendapatkan titik persamaan yang signifikan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan BRN pada Rabu, meskipun masih belum berjaya mencapai kata sepakat berhubung krisis yang berlaku di Selatan Thailand, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan satu pertemuan teknikal sebelum perundingan kali keenam bakal diadakan.

“Untuk menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan Terma Rujukan (ToR) dan mekanisme seperti mana tersebut, kedua belah pihak bersetuju untuk dalam pertemuan teknikal pada waktu terdekat,” katanya.

Dalam rundingan itu, pihak BRN diwakili seramai tujuh orang delegasi yang diketuai Anas Abdulrahman sementara pihak RTG diketuai Jeneral Wallop Rugasanaoh serta tujuh delegasi lain.

Dua pakar perundingan dari Jerman dan Switzerland turut menghadiri pertemuan itu bagi tujuan pemantauan.

Proses rundingan itu membincangkan beberapa isu termasuk pembentangan Draf ToR berkaitan Konsultasi Awam serta Pengurangan Tindakan Kekerasan Dua Hala mengenai krisis tersebut.

“Perkara yang berkaitan dengan mekanisme konsultasi awam, mekanisme pemantauan dan mekanisme kumpulan kerja bersama turut dibincangkan.

“Di samping itu juga, kedua-dua belah pihak telah membuat penilaian terhadap Inisiatif Damai Ramadhan yang telah berlangsung pada 3 April sehingga 14 Mei 2022,” katanya.

Selain itu, pihak BRN turut membincangkan agar perwakilan mereka diberikan imuniti sekiranya terlibat dalam aktiviti konsultasi awam di lapangan manakala pihak RTG mencadangkan untuk mewujudkan fasa kedua untuk mengurangkan kekerasan kedua-dua pihak.

“Pihak BRN juga mencadangkan supaya setiap dokumen yang dipersetujui perlu disahkan dengan cara ditandatangani oleh kedua belah pihak.