PAS mahu Muhyiddin pimpin dalam PRU-15

0
217

TAN Sri Muhyiddin Yassin masih diperlukan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan kepimpinan masa depan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pengalaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu masih diperlukan untuk kempen PRU-15.

“Pada pandangan parti dan saya sendiri, dia masih diperlukan untuk menerajui PN bukan hanya untuk PRU-15 ini sahaja tapi untuk masa akan datang.

“Tapi kalau dia sendiri merasakan tak nak teruskan, itu hak dia. Kita tak boleh kata apa,” katanya ketika sidang media di Kota Bharu, Kelantan, lapor BH Online.

Baru-baru ini Muhyiddin mengumumkan mahu bersara dari gelanggang politik dengan untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Mantan Perdana Menteri itu juga tidak menolak kemungkinan akan bertanding pada PRU-15 akan datang, sekiranya parti memutuskan beliau layak dipilih sebagai calon sekaligus menjadi penggal terakhir buatnya.

Ketika diminta mengulas mengenai bayangan PRU-15 yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mengakui PAS sudah bersedia.

Beliau berkata, lazimnya semua parti sudah membuat persiapan apabila memasuki tahun keempat penggal Parlimen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here