JABATAN Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merampas cecair vape yang disyaki mengandungi racun nikotin bernilai kira-kira RM1.657 juta sejak 2019 hingga Julai lepas, kata Pengarahnya Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.
Beliau berkata rampasan itu hasil penguatkuasaan berterusan Cawangan Penguatkuasaan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKNS ke atas aduan orang ramai berkaitan penjualan cecair vape mengandungi racun nikotin yang dikawal di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.
Beliau berkata 32 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh tersebut dengan 31 kes berjaya didakwa di mahkamah dengan jumlah denda dikutip sebanyak RM108,400.
“JKNS ingin menasihatkan kepada orang ramai sekiranya terdapat sebarang aduan berkaitan penjualan cecair vape bernikotin boleh salurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my atau portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) http://moh.spab.gov.my,” katanya.
Selain itu, menurutnya aduan juga boleh dibuat di mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan atau melalui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya dalam kenyataan hari ini.
–BERNAMA
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.