Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Chong ganti Santhara ketuai sayap bersekutu Bersatu -

Chong ganti Santhara ketuai sayap bersekutu Bersatu

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis, Dr Chong Fat Full dilantik mengetuai sayap Bersekutu Bersatu menggantikan Ahli Parlimen Segamat, Edmund Santhara Kumar yang melepaskan jawatan itu bulan lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin berkata pelantikan tersebut berkuatkuasa serta merta.

“Bagi terus merancakkan penglibatan ahli-ahli Bersekutu dalam gerak kerja jentera parti, mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk melantik Chong Fat Full sebagai ketua sayap Bersekutu Bersatu yang baharu berkuatkuasa serta merta,” katanya dalam kenyataan.

Pada 28 Julai lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menerima peletakan jawatan Santhara.

Sebelum ini, FMT melaporkan, Timbalan Menteri Pelancongan itu telah menghantar surat keluar Bersatu.

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan, bagaimanapun berkata, Santhara hanya mahu melepaskan jawatannya dan bukan keluar parti seperti didakwa.