PESAWAT ringan PA28 (9M BAA) yang terhempas sehingga mengakibatkan seorang jurulatih penerbangan maut di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng, di sini malam tadi dimiliki oleh BATS Aviation Sdn Bhd.
BATS Aviation Sdn Bhd dalam satu kenyataan, berkata pesawat itu bermula pada jam 7.50 malam dan berlepas dari Runway 04 pada jam 8 malam.
“Krew BATS mengeluarkan panggilan kecemasan (mayday) pada jam 8.07 malam dan hilang hubungan.
“Dua jurulatih BATS terbabit dalam kecelakaan ini, seorang juruterbang terkorban manakala seorang lagi juruterbang berada dalam keadaan kritikal dan menerima bantuan perubatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya lapor BH Online.
Katanya, kemalangan itu sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa, polis, Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM).
“Sebab-sebab nahas itu akan disiasat sewajarnya oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
“BATS Aviation akan memaklumkan kepada media mengenai sebarang maklumat terkini,” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.