Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Luka hidung, lebam mata kanan dipukul lelaki Singapura -

Luka hidung, lebam mata kanan dipukul lelaki Singapura

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SEORANG lelaki cedera selepas dipercayai bergaduh dengan seorang lelaki Singapura di hadapan sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, Johor Bahru, baru-baru ini.

Kejadian tersebut di tepi jalan berhadapan pusat hiburan berkenaan dirakamkan orang awam sebelum tular dalam media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, pihaknya menerima laporan bersabit video berdurasi 13 saat berkenaan kejadian itu dan sudah pun memulakan siasatan.

“Hasil siasatan mendapati pengadu merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 24 tahun telah dipukul menggunakan spanar oleh seorang lelaki warga asing anggaran umur 20 hingga 30 tahun.

“Mangsa tidak mengenali suspek berkenaan. Dalam kejadian tersebut mangsa mengalami cedera luka di bahagian hidung dan lebam pada mata kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada salah faham semasa mereka berhibur di pusat hiburan tersebut.

Beliau berkata, suspek datang bersama-sama dua lagi rakannya dengan menaiki kenderaan dengan nombor pendaftaran luar negara.

Susulan itu katanya, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan sedang mengesan tiga suspek warga asing tersebut untuk membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah 324 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor S Sivakumaran 019-5127410. – SB