Tempat simpanan bijirin yang pernah berjasa sebelum ini akhirnya runtuh

0
344

SEBAHAGIAN daripada silo atau binaan yang menjadi tempat simpanan bijirin di pelabuhan Beirut runtuh pada Ahad.

Ia runtuh hanya beberapa hari sebelum ulang tahun kedua letupan dahsyat di pelabuhan ibu kota Lubnan yang memusnahkan kedai dan kawasan bandar itu.

Runtuhan pada Ahad itu disebabkan oleh kebakaran yang berlaku pada silo tersebut pada awal bulan ini akibat tindak balas proses penapaian stok bijirin yang terkesan dengan suhu musim panas yang melambung tinggi, menurut pihak berkuasa.

Agensi berita asing melaporkan kepulan debu menyelubungi pelabuhan itu selepas sebahagian binaan tersebut runtuh.

Kebakaran ke atas silo berkenaan telah berlarutan sejak lebih dua minggu dengan pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa termasuk menggunakan helikopter tentera bagi memadamkan kebakaran binaan berkenaan.

Silo berkenaan sebelum ini terselamat dalam kejadian letupan besar pada 2020 dan dikatakan struktur berusia 50 tahun setinggi 48 meter telah menyelamatkan sebahagian tempat di barat Beirut daripada teruk terkena kesan letupan dua tahun lalu itu.

Pada 4 Ogos 2020, letupan mega telah berlaku di pelabuhan Beirut yang mengorbankan lebih 200 orang dan mencederakan lebih 6,500 orang.

Letupan pada tahun 2020 itu disebabkan oleh baja ammonium nitrat yang disimpan secara sembarangan dan kemudian terbakar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here