Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penganggur mati ditetak sekumpulan lelaki di kedai makan -

Penganggur mati ditetak sekumpulan lelaki di kedai makan

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SEORANG penganggur meninggal dunia selepas diserang dan ditetak dengan parang oleh empat lelaki bertopeng di sebuah kedai makan di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, malam tadi.

Kejadian tersebut kemudian dimaklumkan kepada pihak polis pada pukul 8.10 malam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, siasatan awal semasa kejadian mangsa yang tidak bekerja dan berusia 29 tahun sedang makan bersama dua rakannya sebelum diserang empat lelaki memakai topeng muka.

Beliau berkata, mereka yang bersenjatakan parang menaiki kereta jenis Honda Accord warna putih dengan nombor pendaftaran tidak pasti.

“Mangsa kemudian ditetak dan akibat kejadian tersebut, mangsa cedera parah di bahagian kepala, tangan, kaki dan seluruh badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sejurus kejadian mangsa dibawa ke Hospital Pakar Puteri di sini untuk mendapat rawatan namun pegawai kesihatan mengesahkan sudah meninggal dunia sebelum mayat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dihukum mati.

Pihaknya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara 07-5563122 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superitendan Zawanah Raimim Mokhtar 012-7744544. – SB