Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jururawat didakwa bunuh bayi sendiri -

Jururawat didakwa bunuh bayi sendiri

SEORANG jururawat didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh bayi kandungnya yang berusia lapan bulan, minggu lepas.

Tertuduh, T Rebekal, 30 tahun, mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana ia melibatkan kes bunuh lapor Astro AWANI.

Mengikut kertas pertuduhan, ibu tunggal yang bekerja di sebuah hospital swasta itu didakwa membunuh J S Melvin Jeshuran di sebuah rumah di Fasa 2A, Kampung Muhibbah, Sungai Siput (utara) kira-kira jam 6 petang, 24 Julai lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.