Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jurulatih penerbangan maut, seorang lagi cedera pesawat ringan terhempas di Ipoh -

Jurulatih penerbangan maut, seorang lagi cedera pesawat ringan terhempas di Ipoh

SEORANG jurulatih penerbangan maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di sini pada Isnin malam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa yang cedera sudah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Azman Hussin berkata, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.10 malam.

“Setibanya di tempat kejadian didapati terdapat sebuah kapal terbang bersaiz kecil telah terhempas. Terdapat dua mangsa dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan,” katanya.

Berita lanjut menyusul