SEMBILAN anggota polis ditahan kelmarin bagi membantu siasatan kes pemerasan seorang ahli perniagaan dipercayai berkaitan dadah di Gombak dekat sini, baru-baru ini.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, semua anggota tersebut ditahan kira-kira pukul 11 pagi di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
“Penahanan itu dibuat susulan laporan yang diterima daripada seorang ahli perniagaan berusia 32 tahun pada 26 Julai lalu.
“Kesemua mereka berpangkat konstabel hingga sub inspektor ditahan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan (kesalahan peras ugut) selain siasatan tatatertib akan dilakukan.
Ujar beliau, semakan awal juga mendapati pengadu memiliki rekod lampau berhubung kes dadah.
“Tindakan susulan terhadap semua anggota berkenaan dilakukan Bukit Aman,” katanya lapor Utusan Malaysia.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.