Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bukit Aman rakam keterangan Apandi Ali esok -
Mohamed Apandi

Bukit Aman rakam keterangan Apandi Ali esok

POLIS  akan merekodkan keterangan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada petang esok.

Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata Mohamed Apandi akan hadir ke Bukit Aman pada jam 2.30 petang esok.

“Siasatan kes berkenaan akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 217 Kanun Keseksaan iaitu penjawat awam mengingkari arahan undang-undang dengan niat mahu menyelamatkan orang daripada seksaan atau harta daripada dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini lapor BH Online.

Bukit Aman sebelum ini mengesahkan sedang menyiasat Mohamed Apandi berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Siasatan dibuat selepas PDRM menerima laporan dibuat Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berhubung dakwaan itu.