Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis tahan 3 individu disyaki dera kanak-kanak -

Polis tahan 3 individu disyaki dera kanak-kanak

POLIS menahan seorang lelaki dan dua wanita yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan seorang kanak-kanak berusia lima tahun pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mereka yang ditahan itu merupakan bapa, ibu saudara serta sepupu mangsa.

“Semua suspek masing-masing berusia 41 tahun, 42 tahun dan 21 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Seri Mahsan di Jempol pada pukul 11.30 pagi.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki terbabit mempunyai dua rekod jenayah lampau dan satu kes dadah.

“Polis akan membuat permohonan reman terhadap kesemua mereka di mahkamah pada Ahad untuk disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak,” katanya memetik laporan Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan polis sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Kejadian penderaan ini dipercayai bermula pada 26 Mei lepas sehingga mangsa diselamatkan oleh ibu saudaranya sebelum ibunya membuat laporan polis pada Rabu lalu.

Menurut Chang Hook, mangsa dijaga oleh suspek dengan upah sebanyak RM300 sebulan berikutan ibunya bekerja di Johor.

“Hasil siasatan mendapati mangsa telah didera berikutan terdapat kesan melecur, lebam, luka, parut dan kecederaan yang lain pada keseluruhan badan.

“Mangsa kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah dan telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Jempol,” katanya.