PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan penggal akhir beliau bertanding sebelum bersara daripada medan politik.
Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada sebarang keputusan yang diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.
“Mungkin penggal akhir, lepas itu berehat sahajalah duduk di rumah dengan isteri, cucu-cucu. Ramai lapan orang, anak-anak.
“Mungkin sudah sampai masa, tapi mungkin juga kalau keadaan mendesak dan memerlukan, in shaa Allah kita akan fikirkan perkara itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Dialog Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Bersama Belia di Paya Bunga Hotel, Terengganu.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, beliau bersyukur kerana masih dikurniakan kesihatan untuk meneruskan bakti kepada rakyat.
“Badan masih sihat. Dulu kena kanser, doa semua makbul, Allah kurniakan saya kesihatan. Kalau pukul ‘golf’, sekali pukul 200 meter tu boleh pergi lagi. Maknanya tu masih boleh berkhidmat,” katanya.
Muhyiddin sebelum ini menjadi Perdana Menteri Kelapan namun, pada Ogos 2021, beliau terpaksa melepaskan jawatannya selepas hilang kepercayaan majoriti ahli Parlimen.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.