Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mohamad Aniq hadiahkan pingat emas pertama Sukan Komanwel 2022 -

Mohamad Aniq hadiahkan pingat emas pertama Sukan Komanwel 2022

ATLET angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan menceriakan kem negara apabila berjaya menyumbangkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Pusat Pameran Nasional (NEC), Birmingham, England pada Sabtu.

Badang negara berusia 20 tahun itu menampilkan aksi bertenaga untuk meraih pingat emas dalam kategori 55 kilogram (kg) lelaki dengan angkatan bebanan keseluruhan 249kg.

Atlet berasal dari Segamat, Johor itu melakukan angkatan snatch 107kg dan clean & jerk 142kg, lapor Bernama.

Lebih manis, kejayaan mengungguli acara tersebut juga menyaksikan Malaysia meraih pingat pertama pada temasya kali ini.

Pingat perak dimenangi atlet India Sanket Mahadev Sargar dengan angkatan keseluruhan 248kg manakala gangsa menjadi milik Dilanka Isuru Kumara Yodage dari Sri Lanka dengan melakukan 225kg.