Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bomba guna helikopter selamatkan pendaki wanita letih terkandas di Kem Berlumut -

Bomba guna helikopter selamatkan pendaki wanita letih terkandas di Kem Berlumut

SEORANG wanita terkandas kerana terlalu penat untuk meneruskan pendakian di Kem Berlumut, Gunung Tahan, pukul 7.15 pagi iadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd. Noor, wanita itu, Nadia Azmi berusia 39 tahun dari Putrajaya bersama sekumpulan 21 orang pendaki lain memulakan ekspedisi mendaki pada 27 Julai lalu melalui Merapoh.

Katanya, kumpulan itu dipandu oleh tiga orang Malim Gunung dari Kuala Juram ke Kem Berlumut lebih kurang 21 kilometer.

“Ketika kejadian, keadaan cuaca mendung, berawan dan berkabus. Bantuan helikopter Bomba yang berlepas dari Subang ke Merapoh pukul 12 tengah hari, hari ini.

“Seramai lima anggota Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) telah naik ke Kem Berlumut untuk memberi bantuan awal kepada mangsa,” katanya memetik laporan Astro Awani.