[VIDEO] PM tak bersungguh penuhi ‘terma penting’ perjanjian, PN kecewa

0
321

PERIKATAN Nasional (PN) kecewa dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana dilihat “tidak bersungguh” memenuhi “terma-terma penting” perjanjiannya dengan gabungan itu, yang menyokong beliau menjadi perdana menteri.

Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata PN mahu menghantar perwakilan untuk menemui Ismail bagi membincangkan pelaksanaan “terma-terma perjanjian” dalam masa terdekat.

Kekecewaan itu dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi PN, yang dihadiri presiden semua parti komponen.

“Mesyuarat melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan perdana menteri yang dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi terma-terma penting yang terkandung dalam perjanjian antara beliau dengan PN,” katanya lapor FMT.

Hamzah bagaimanapun tidak menyatakan terma-terma yang dikatakan itu, dalam kenyataannya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here