Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Konvensyen PN berlansung 27 Ogos ini -

Konvensyen PN berlansung 27 Ogos ini

PERIKATAN Nasional (PN) bakal menganjurkan konvensyen gabungan tersebut pada 27 Ogos ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dipersetujui sebulat suara pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang diadakan pada malam tadi.

“Mesyuarat pada malam tadi juga bersetuju untuk mengadakan Konvensyen PN pada 27 Ogos 2022 sempena sambutan ulang tahun kedua PN,” katanya menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasmi beliau pada Khamis.

Menurut beliau, mesyuarat berkenaan yang turut dihadiri presiden parti-parti komponen dan ahli Majlis Tertingginya, membincangkan persiapan penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Saya telah melaporkan beberapa perkembangan terkini PN termasuk pelancaran PN Kelantan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat di negeri Kelantan dan pelancaran PN Terengganu di Marang pada 30 Julai 2022,” ujarnya. –SB