Pengecualian bayaran PTPTN bagi graduan kelas pertama – PM

0
464

KERAJAAN akan mengembalikan keistimewaan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada graduan yang menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keistimewaan itu akan diberikan kepada graduan yang menamatkan pengajian bermula 2019, tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

Katanya, ia sebagai dorongan bagi golongan berkenaan untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan terbaik dalam pengajian.

“Saya berharap PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan perkara ini dari segi peruntukan yang terlibat.

“Ini sebagai dorongan kepada anak-anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka,” katanya dalam ucapan perasmian Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here