Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Paul Yong tidak berperikemanusiaan, ikut nafsu semata-mata - Hakim -

Paul Yong tidak berperikemanusiaan, ikut nafsu semata-mata – Hakim

HAKIM Mahkamah Tinggi Ipoh pada Rabu menegur perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan kerana merogol pembantu rumahnya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed berkata, sebagai majikan, Choo Kiong sepatutnya memberi pelindungan kepada mangsa yang merupakan wanita warga asing.

“Akan tetapi, OKT (orang kena tuduh) telah bertindak tanpa perikemanusiaan, menjadi perosak masa hadapan mangsa semata-mata demi memenuhi nafsu serakahnya.

“Harapkan pagar, pagar makan padi,” kata Abdul Wahab ketika membacakan penghakimannya bagi perbicaraan kes rogol membabitkan Choo Kiong di Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini memetik laporan Kosmo!

Choo Kiong dibicarakan bagi pertuduhan merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai 2019.

Pertuduhan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan terhadap bekas exco kerajaan negeri itu.