Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Polis tahan pemandu lori ugut, acu pisau -

[VIDEO] Polis tahan pemandu lori ugut, acu pisau

POLIS hari ini menahan seorang pemandu lori yang mengacu pisau terhadap pemandu lori lain di Jalan Parang, Bandar Sultan Suleiman.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan pukul 12.25 tengah malam di Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, penahanan itu dibuat susulan laporan polis seorang pemandu lori berusia 30-an pada pukul 5.15 petang semalam, mendakwa lori dipandunya telah dipintas dan ditahan suspek yang memandu sebuah lori.

“Suspek dikatakan telah turun dari lori dengan membawa sebilah pisau dan terus mengugut mangsa dengan kata-kata ‘u tak kenal lagi siapa aku, kau tunggu aku cari kau’.

“Siasatan awal mendapati motif kejadian lebih kepada buli jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Sinar Harian.

Rakaman menunjukkan seorang lelaki bertindak mengacu senjata tajam terhadap pemandu lain

Beliau berkata, suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan curi motosikal namun ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Katanya, suspek kini direman selama tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

hari ini tular satu video berdurasi 31 saat memaparkan tindakan seorang lelaki mengacukan senjata dipercayai pisau terhadap pemandu lori.