Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
‘’Tunjukkan bukti saya ada terima wang itu’’ – Dr.Mahathir -

‘’Tunjukkan bukti saya ada terima wang itu’’ – Dr.Mahathir

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau pernah menerima sumbangan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) seperti yang didakwa bekas Pengurus Pentadbiran syarikat berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin.

Katanya, beliau sedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan.

“Saya tak terima (wang seperti didakwa). Kalau dia boleh bukti, tunjukkan bukti, nak cakap (terima duit) senang.

“Kalau ada orang bagi duit kat saya tunjuklah, siapa yang bagi, kerana saya tidak pernah terima duit itu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama pengusaha bot pelancongan di Jeti Tanjung Rhu di Langkawi pada petang Isnin.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga berkata, beliau bersedia pada bila-bila masa untuk disiasat oleh pihak berkuasa berkaitan isu itu.

“Saya bersedia dan tunjukkan bukti yang saya ada (duit). (Sebelum ini) Banyak tuduhan yang dibuat kepada saya kononnya saya kaya ada (duit) berbillion ringgit simpan di Switzerland dan Taiwan.

“Kita tunjuk bukti (Datuk Seri) Najib (Razak) ada pegang duit (kerana) ada cek yang dia tandatangan dan ada akaun bank. Pergilah cari akaun bank saya, tiada masalah,” katanya lapor Berita Harian.

Hari ini, pada perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, mendakwa bekas Pengerusi Bersatu itu ada menerima sumbangan RM2.6 juta daripadanya syarikatnya.

Siong Sun berkata, sumbangan itu adalah untuk kegunaan parti Bersatu diberikan menerusi anak saudara Dr Mahathir, Tan Sri Rahmat Abu Bakar.

Saksi pendakwaan itu juga berkata, kod nama ‘Kedahan’ digunakan untuk Rahmat dalam buku lejar UKSB yang menunjukkan aliran keluar wang syarikat berkenaan.