Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki tumbuk suami kepada sepupu akibat perselisihan faham -

Lelaki tumbuk suami kepada sepupu akibat perselisihan faham

BERANG dituduh menggoda isteri orang, seorang lelaki bertindak menumbuk suami kepada sepupunya.

Dalam kejadian pada jam 6 petang di Tanah Merah, Kelantan pada Ahad, mangsa yang berusia 35 tahun mengalami bengkak pada pipi kanan, lapor BH Online.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata sebelum kejadian, mangsa pergi ke stesen teksi di bandar untuk berjumpa dengan suspek sebelum berlaku perselisihan faham.

“Perselisihan faham itu berpunca daripada tuduhan kepada suspek yang dikatakan menggoda isteri mangsa, namun suspek tidak mengaku berbuat demikian.

“Suspek bagaimanapun mengaku rapat dengan isteri mangsa disebabkan hubungan sepupu antara suspek dengan wanita terbabit,” katanya.

Muhamad Zaki berkata, suspek yang berusia 42 tahun hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk diambil keterangan untuk bagi siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK).