Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kemalangan empat kenderaan, seorang rentung akibat kebakaran -

Kemalangan empat kenderaan, seorang rentung akibat kebakaran

KEMALANGAN membabitkan empat kenderaan menyebabkan kebakaran dan seorang mangsa rentung berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya EDL, Johor Bahru, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Jamal berkata, kemalangan membabitkan tiga kereta iaitu jenis BMW, Produa Myvi dan Honda City serta sebuah van pekerja kilang jenis Nissan.

Katanya mangsa yang belum dikenal pasti identiti rentung 90 peratus ditemukan tersepit di bahagian pemandu kereta BMW.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis BMW terbakar 90 peratus, sebuah van pekerja kilang jenis Nissan terbakar 90 peratus, sebuah Perodua Myvi terbakar 60 peratus dan sebuah Honda City tidak terbakar akibat kemalangan jalan raya.

“PKO bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula dan air tangki pam jentera.

“PKO bertindak mengeluarkan mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya, lapor BH Online.

Mohd Suhaimi berkata, pemandu Honda City dan Produa Myvi masing-masing lelaki berusia 34 dan 52 tahun selamat.

Tambah beliau, seramai 13 anggota dikerah ke lokasi dengan bantuan BBP Johor Jaya bagi usaha memadam kebakaran.