Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Perhimpunan #Turun: 30 individu dipanggil polis -

Perhimpunan #Turun: 30 individu dipanggil polis

PIHAK polis memanggil seramai 30 individu termasuk penganjur perhimpunan #Turun pada Sabtu untuk diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata individu yang dipanggil untuk hadir pada Isnin dan Selasa itu akan dimaklumkan identiti mereka selepas polis selesai merakamkan keterangan masing-masing.

“Polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum sebarang tindakan lanjut akan diambil,” katanya, lapor Bernama.

Semalam, media melaporkan polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 terhadap perhimpunan tersebut yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

Perhimpunan yang diadakan semalam dihadiri kira-kira 100 individu terdiri daripada mahasiswa serta ahli politik, dipercayai tidak mematuhi peruntukan undang-undang.