Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
COVID-19: 4,816 kes baharu, lima kematian direkodkan -

COVID-19: 4,816 kes baharu, lima kematian direkodkan

SEBANYAK 4,816 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Sabtu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini sebanyak 4,648,931 kes.

Menerusi portal CovidNow, sebanyak sembilan kematian direkodkan dengan satu kes daripadanya adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,911 orang.

Dalam pada itu, sebanyak 49,547 kes aktif dengan 47,932 atau 96.7 peratus individu dikuarantin di rumah manakala 31 individu lagi ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, seramai 1,535 pesakit dimasukkan ke hospital dengan 21 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 28 kes memerlukan alat bantuan pernafasan, lapor Sinar Harian.