Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
5 sekeluarga maut kemalangan di Gerik selamat dikebumikan -

5 sekeluarga maut kemalangan di Gerik selamat dikebumikan

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

JENAZAH lima sekeluarga yang maut dalam nahas berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli petang semalam selamat dikebumikan di Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Butterworth, Pulau Pinang kira-kira pukul 2.50 petang tadi.

Terdahulu, jenazah Mohd. Rodhi Othman, 58; dan isteri, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59; serta anak mereka, Siti Aishah, 32, dan suaminya, Ahmad Khomaini Abu, 30, dan Zara Hana Ahmad Khomaini, 5, tiba di masjid itu kira-kira pukul 1 petang.

Kesemua jenazah itu dibawa dengan empat buah van jenazah dari Hospital Gerik, Perak pukul 11.20 pagi selepas urusan bedah siasat selesai.

Dalam kejadian pukul 3.45 petang semalam, kesemua mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza maut selepas bertembung dengan pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux.

Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada pemandu 4WD yang memandu dari arah Gerik ke Jeli, Kelantan yang hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan dinaiki keluarga berkenaan.

Keluarga itu dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah selepas selesai menghantar ahli keluarga mereka di sebuah pusat pengajian pondok agama di Kota Bharu, Kelantan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Perak memaklumkan, kejadian terbabit melibatkan tujuh mangsa yang mana dua lagi mengalami cedera ringan. – SB