Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tular gaduh di kedai makan, lima individu diambil keterangan -

Tular gaduh di kedai makan, lima individu diambil keterangan

POLIS mengambil keterangan lima individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, sebelum itu pihaknya terkesan satu video pergaduhan yang dimuat naik seorang pemilik Facebook pada 2.30 petang semalam.

Katanya, video berdurasi 28 saat itu memaparkan kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan individu yang berada di sebuah kedai makan.

“Hasil siasatan dilakukan mendapati kejadian berlaku jam 5.30 pagi pada 17 Julai lalu.

Susulan itu, polis merakam keterangan lima individu bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sebelum ini, tular di media sosial video yang menunjukkan beberapa pelanggan lelaki berdiri dan dipercayai berlaku pertengkaran sebelum seorang lelaki dilihat membaling kerusi ke arah sekumpulan pelanggan.

Selepas itu, berlaku pergaduhan antara mereka mengakibatkan pelanggan lain yang berada di kedai makan berkenaan beredar.