HAMPIR 100 peserta Himpunan Turun Harga Barang dihalang oleh polis selepas mereka cuba bergerak ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, himpunan yang disertai kumpulan daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berkumpul di hadapan pusat beli belah Sogo, bermula jam 2.15 petang.
Menurut laporan BH Online, selepas beberapa individu memberikan ucapan, beberapa wakil dipercayai penganjur mengajak peserta perhimpunan ke Dataran Merdeka, melalui Jalan Tunku Abdul Rahman.
Bagaimanapun kurang 10 meter dari Sogo, polis mewujudkan sekatan daripada kalangan pegawai dan anggotanya.
Pada masa ini wakil dari kumpulan berkenaan melaungkan desakan supaya kerajaan menurunkan harga barang, menurunkan gaji menteri dan meneruskan subsidi makanan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.