Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ahli perniagaan Malaysia bergelar ‘Jho Low 2’ ditahan di Thailand -

Ahli perniagaan Malaysia bergelar ‘Jho Low 2’ ditahan di Thailand

POLIS menahan seorang ahli perniagaan dari Malaysia kerana didakwa melakukan pengubahan wang haram daripada hasil perjudian secara talian di Thailand semalam.

Suspek dikenali sebagai Teow Wooi Huat atau Tedy, ditahan di ibu pejabat empayar Kumpulan MBI di Dan Nok berhampiran pusat pemeriksaan sempadan di daerah Sadao, awal pagi semalam.

Menurut laporan Kosmo! ahli perniagaan Malaysia itu mengasaskan Kumpulan MBI, yang mengendalikan kompleks hiburan, termasuk resort, di tapak 100-rai di Dan Nok, Thailand.

MBI International SDN Bhd miliknya juga menjalankan beberapa perniagaan di Malaysia.

Dia pada mulanya ditahan pada 2017 oleh pihak berkuasa Malaysia atas tuduhan dadah.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai pertuduhan yang berlaku di Malaysia dan bagaimana dia berjaya menyeberang ke Thailand dan menjalani kehidupan mewah.

Di Malaysia, Tedy digelar “Jho Low 2” yang merujuk kepada anak jati Pulau Pinang yang mendalangi rompakan berbilion-bilion dolar daripada dana pembangunan negara 1MDB dan masih disiasat.

Seperti Low, Tedy juga berasal dari Pulau Pinang dan suka bergaul dengan selebriti.

Menurut laporan tahun 2021 di South China Morning Post, Tedy dikehendaki berhubung penipuan pengubahan wang haram sebanyak RM336 juta di Macau.

Pihak polis percaya Tedy adalah dalang di sebalik sindiket yang menipu orang ramai di Macau supaya melabur wang mereka dalam syarikat palsu.

Pelaburan itu ditapis melalui beberapa siri akaun sebelum akhirnya digunakan untuk membeli hartanah mewah di Malaysia dan Thailand dan untuk melabur dalam mata wang kripto.