Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
330 individu terjejas banjir di Seremban -

330 individu terjejas banjir di Seremban

SEBANYAK  330 individu daripada 120 keluarga terjejas banjir kilat di beberapa kawasan di sini berikutan hujan lebat sejak 7 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata antara kawasan terlibat Kampung Ismail, Kampung Chedang, Taman Happy dan Kampung Sri Mantau.

“Rumah yang berdekatan sungai dan kawasan rendah, menyebabkan air naik dengan cepat namun keadaan tidak kritikal. Hujan lebat intensiti tinggi pada 9 malam dan reda kira-kira dua jam kemudian.

“Paras air paling tinggi naik hingga 0.5 meter di beberapa kawasan, bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka dan kebanyakan mangsa ditumpangkan di balai raya berhampiran sementara air surut sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata lebih 20 anggota termasuk APM, polis dan orang awam terlibat bagi memantau keadaan termasuk mengeluarkan mangsa dan mengalihkan barang di rumah mereka ke tempat selamat.