Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemilik kelab komedi dituduh di mahkamah hari ini -

Pemilik kelab komedi dituduh di mahkamah hari ini

PENGASAS dan pemilik bersama sebuah kelab komedi akan dituduh di Mahkamah Khas Siber di sini, pada Jumaat, berhubung pertuduhan membuat persembahan komedi berbaur perkauman di sebuah premis, di ibu negara.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang pada 14 Julai lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis sehari selepas itu.

“Pertuduhan akan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di Mahkamah Sesyen Jenayah, (Mahkamah Siber Kuala Lumpur),” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada 14 Julai lalu, Sinar Harian melaporkan, PDRM menahan seorang lelaki disyaki pengasas bersama sebuah kelab komedi berhubung penularan dua klip video di premis berkenaan yang dikatakan menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman.

Suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.