Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PAS mahu bersama PN, MN hadapi PRU-15 -

PAS mahu bersama PN, MN hadapi PRU-15

KEPIMPINAN PAS masih mengharapkan dapat memasuki Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menerusi kerjasama dalam Perikanan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata parti itu tidak berganjak daripada agenda perpaduan ummah di negara ini.

“Kita tidak berganjak dengan agenda perpaduan ummah dan kerjasama dengan MN masih diteruskan,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata, pada dasarnya PAS juga bersetuju untuk menggunakan logo PN baharu, walaupun ia masih dalam peringkat perbincangan.

Mengulas mengenai penggunaan logo lain jika PAS masih bersama MN, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, berkata isu itu boleh dibincangkan kemudian.

Mengenai pengagihan kerusi sebagai persiapan menghadapi PRU akan datang, Abdul Hadi berkata, rundingan pengagihan kerusi sentiasa dibincang dari masa ke semasa.

“Walaupun tarikh PRU belum diumumkan, tetapi perbincangan termasuk persediaan menghadapi PRU sentiasa dibincang,” katanya lapor BH Online.