Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rafizi 'ketua perang' hadapi PRU-15 - Anwar -

Rafizi ‘ketua perang’ hadapi PRU-15 – Anwar

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata timbalannya yang baru, Rafizi Ramli akan mengetuai “pasukan pilihan raya” dalam persediaan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pada malam Rabu.

“Kita yakin, in shaa Allah dapat mengangkat martabat dan kedudukan PKR dan Pakatan Harapan (PH). Untuk itu, saya telah mencadangkan agar Rafizi selaku Timbalan Presiden mengetuai pasukan perang pilihan raya ini.

“Dia akan diberikan wewenang (hak dan kuasa) untuk bergerak secepat mungkin bagi memperkuat jentera pilihan raya parti,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MPP di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, semalam, lapor MalaysiaKini.

Selain itu, Anwar turut berkata Rafizi akan dibantu Naib-Naib Presiden serta Pengarah Pilihan Raya Fuziah Salleh.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu menjadi Timbalan Presiden setelah menewaskan Ahli Parlimen Kulim, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan perbezaan 16,688 undi.

Berbeza dengan Saifuddin, Rafizi jelas menolak strategi “khemah besar” yang merangkumi parti pembangkang di luar PH – termasuk Bersatu dan Pejuang – bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang.

Sepanjang kempen pemilihan, dia juga meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang akan mengambil kedudukan lebih tegas di tengah-tengah tekanan daripada sekutu PKR berhubung strategi itu.