SEORANG penghantar makanan didenda RM50,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini selepas mengaku salah membuat hantaran jelik menghina agama Islam di aplikasi YouTube.
Hakim, Ahmad Rizki Abdul Jalil membuat keputusan itu terhadap Mohd Nor’muzil Mohd Razalli, 39, hari ini, lapor Sinar Harian.
Dalam keputusannya, Ahmad Rizki turut mengarahkan Mohd Nor’muzil menjalani hukuman penjara enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Pada 17 Julai, Satu Berita melaporkan, polis menahan tertuduh di sebuah rumah di Puchong, pada Ahad lalu.
Sebelum itu tular sebuah video berdurasi 36 saat memaparkan seorang lelaki dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW, Allah SWT serta agama Islam, dan turut mencabar pertubuhan badan bukan kerajaan yang berkaitan untuk bersemuka dengannya.
Turut pada 18 Julai adalah beberapa klip video yang memaparkan lelaki terbabit dipukul di hadapan rumahnya oleh beberapa individu yang tidak dikenali, dipercayai berpunca daripada cabarannya itu.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.