Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pelancong Malaysia ke Thailand dilarang bawa pulang ganja -

Pelancong Malaysia ke Thailand dilarang bawa pulang ganja

RAKYAT Malaysia yang melancong ke Thailand tidak dibenarkan mengambil atau membawa pulang dadah jenis ganja ke negara ini meskipun negara jiran itu membenarkan penggunaan bahan terlarang tersebut.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu membawa masuk ganja ke negara ini walaupun dalam bentuk produk seperti kek atau air yang mempunyai kandungan ganja yang rendah.

“Kita tidak mempunyai kuasa melarang mereka pergi melancong dan mengambil ganja di negara jiran, namun, boleh diambil tindakan undang-undang mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya mereka membawa pulang atau berada di bawah pengaruh bahan terlarang itu ketika masuk ke negara ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai tindakan segelintir rakyat Malaysia yang masuk ke Thailand bukan hanya untuk melancong malah mengambil peluang mencuba ganja di sana.

“Secara peribadi saya nasihatkan rakyat Malaysia agar tidak cuba mengambil ganja ketika berada di Thailand walaupun ia dibenarkan di sana kerana dadah boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, Surina berkata, beliau telah meminta agensi di sempadan agar meningkatkan pemeriksaan bagi memastikan tiada individu yang membawa masuk dadah jenis ganja ke negara ini walaupun tiada kes dilaporkan sehingga hari ini. – Bernama