Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mangsa kelima nahas motosikal meninggal dunia -

Mangsa kelima nahas motosikal meninggal dunia

SEORANG lagi mangsa kemalangan motosikal lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini awal pagi kelmarin, meninggal dunia jam 2.15 petang tadi, menjadikan jumlah yang maut kepada lima.

Mohd Haziq Harris, 34, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketika ini, ahli keluarga sedang berkumpul di Jabatan Perubatan Forensik HPP bagi urusan bedah siasat.

Bapa mangsa, Harris Shariff, 71, ketika ditemui reda dengan kejadian menimpa anaknya,lapor BH Online.

Ketika ini, urusan bedah siasat ke atas mangsa sedang dijalankan di Jabatan Forensik HPP sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Elong, Kepala Batas malam nanti.