Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] 'Kalau guna minyak masak botol, berapa harga kita nak jual' -  Peniaga kecil -

[VIDEO] ‘Kalau guna minyak masak botol, berapa harga kita nak jual’ –  Peniaga kecil

KEBANYAKAN peniaga kecil tidak mempunyai pilihan lain melainkan menggunakan minyak masak subsidi jenis peket 1 kilogram (kg) kerana harga yang lebih murah bagi mereka menjalankan perniagaan.

Tinjauan SatuBerita sekitar Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor mendapati rata-rata peniaga kecil tidak menggunakan minyak botol kerana tidak sesuai dari segi untung rugi perniagaan.

Peniaga goreng pisang, Mohamad Razali, 58, berkata, perbezaan harga antara minyak peket dan minyak botol memberi kesan besar terhadap perniagaan, lebih-lebih bagi peniaga gerai yang mempunyai margin keuntungan kecil.

“Kalau pakai minyak botol, berapa kita nak jual barang-barang ini, jadi tak balik modal, mahal minyak dari harga barang, tak berbaloi.

“Sebab kita peniaga tepi jalan sahaja, bukan berniaga hotel, itu lain dia dapat banyak. Macam kita ni kadang-kadang dapat duit, kadang-kadang tak dapat duit, modal pun cukup makan,” katanya.

Mohamad Razali, 58, Peniaga goreng pisang,

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, minyak masak subsidi jenis peket sukar dikawal susulan terdapat perniagaan atau restoran berskala besar turut menggunakannya.

Katanya, sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perniagaan yang menggunakan minyak masak peket itu, kerajaan akan dituduh zalim.

Dalam pada itu, peniaga nasi lemak, Morgana Sunthri, 52, berkata, minyak peket bersubsidi menjadi pilihan kerana harganya yang murah dan lebih berbaloi untuk berniaga.

“Saya pakai minyak peket, sebab minyak botol mahal. Kalau murah sikit boleh pakai juga, ini harganya terlampau mahal,” katanya.

Jun lalu, kerajaan mengumumkan pemberian subsidi bagi minyak masak jenis peket dengan isipadu 1kg akan diteruskan kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat.

Subsidi yang ditanggung oleh kerajaan adalah untuk kategori minyak masak kampit RM2.50 bagi 1kg sahaja, berbanding harga pasaran sebenar, RM9 bagi 1kg untuk kegunaan golongan B40.

Sementara itu, peniaga nasi ayam, Rozi Ngamehan, 64, berkata, jika menggunakan minyak botol, maka harga jualannya akan naik dan itu akan mendatangkan rasa tidak puas hati pelanggan.

“Harga (jualan) akan berbeza kalau guna minyak botol, satu botol tu RM50. Kalau peket tu RM2.50, kalau ada subsidi orang berniaga boleh la pakai minyak botol.

“Kena naik harga lah nasi ayam takut pembeli, pembeli pun tahulah nak murah juga,” katanya.

Rozi Bin Ngamehan, 64, Peniaga Nasi Ayam

Peniaga mi goreng dan cendol, Jamaludin Zakaria, 57, sependapat bahawa jika mereka menaikkan harga jualan, ia seperti tidak ‘masuk akal’ buat pelanggan yang ingin membeli.

“Barang makanan kita jual dekat sini pun murah sebab itu kita kena bagi customer barang itu pun murah. 

“Kalau pakai minyak botol, naik harga, pelanggan mesti tak puas hati,” ujarnya.

Sementara itu peniaga kuih-muih, Airani Hitam, 64, berkata, walaupun menggunakan minyak botol, perniagaan tetap diteruskan demi kelangsungan hidup menyara diri dan keluarga.

“Demi kelangsungan hidup, perlu diteruskan orang kata, untung mungkin tidak banyak tetapi masih untung,” katanya. – SB