PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2022 berkaitan had umur perkahwinan dan undang-undang poligami.
Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat, berkata pindaan enakmen itu membabitkan umur perkahwinan bagi perempuan daripada 16 tahun dinaikkan kepada 18 tahun serta hukuman poligami tanpa kebenaran mahkamah iaitu dipenjara setahun atau denda RM3,000 berbanding enam bulan penjara atau denda RM1,000 sebelum ini.
“Sekiranya mereka hendak kahwin juga, ada masalah apa pun boleh mohon melalui mahkamah, jika mahkamah mendapati calon itu perlu sangat dibenarkan berkahwin walaupun dia berumur 16 tahun, maka dia boleh berkahwin dengan kebenaran mahkamah.
“Kalau tanpa kebenaran mahkamah mereka kena denda,” katanya ketika ditemui selepas persidangan DUN itu di Wisma Darul Aman di sini, semalam lapor BH Online.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.