[VIDEO] Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Kota Belud digantung 2 hari

ISNARAISSAH Munirah Majilis (Kota Belud-Warisan) digantung dua hari daripada menghadiri persidangan Parlimen selepas diarah keluar Dewan oleh Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon.

Perintah itu dikeluarkan Rashid selepas Isnaraissah meminta Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun menjelaskan tindakan menolak usul dikemukakannya berhubung dua anak syarikat Petronas di Luxembourg yang dilapor dirampas waris kesultanan Sulu.

Isnaraissah berkata, sudah tiga kali usulnya mengenai anak syarikat Petronas itu ditolak, lapor FMT.

Dewan kecoh selepas beberapa Ahli Parlimen dari Sabah tidak berpuas hati usul itu ditolak dan Isnaraissah digantung dua hari.