Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Derma darah amalan gaya hidup sihat - Muhyiddin -

Derma darah amalan gaya hidup sihat – Muhyiddin

BEKAS Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat Malaysia yang layak untuk menyertai program derma darah bagi membantu Pusat Darah Negara.

Menurutnya aktiviti menderma darah secara berkala merupakan satu amalan gaya hidup sihat.

“Saya menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk menderma darah bagi memastikan bekalan darah negara sentiasa mencukupi,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dalam satu kenyataan.

Terdahulu, pada Sabtu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh merasmikan program tahunan derma darah anjuran Yayasan TSM Charity Golf (TSMCGF) bersama Pusat Darah Negara dan IGB Real Estate Investment Trust di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Menurutnya, program yang sudah memasuki tahun kesembilan ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menderma darah serta memberi sokongan kepada Pusat Darah Negara bagi memastikan bekalan darah negara mencukupi.

“Alhamdullilah, sejak mulanya kempen ini, sebanyak 15,000 beg darah telah berjaya dikumpul. Program ini menyasarkan untuk mengumpul 700 beg darah selama dua hari bermula hari ini (semalam).

“Saya mengajak orang ramai ke Centre Court , Mid Valley Megamall untuk bersama-sama menderma darah kerana ia mampu menyelematkan nyawa mereka yang memerlukan,” katanya.

Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kepada penganjur program derma darah TSMCGF, Kementerian Kesihatan Malaysia serta Pusat Darah Negara, sukarelawan dan juga penderma-penderma darah.