Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis tahan pengasas Kelab Komedi Crackhouse -

Polis tahan pengasas Kelab Komedi Crackhouse

POLIS menahan pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse berhubung insiden seorang wanita menghina agama Islam dalam satu persembahan komediri di kelab itu, baru-baru ini, tengah hari tadi.

Sumber memaklumkan, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi di sebuah lokasi di ibu negara dan akan ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Difahamkan, lelaki berkenaan akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman oleh pihak polis pagi esok.

“Tangkapan dan siasatan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” kata sumber, lapor BH Online.

Juga difahamkan, penahanan ke atas lelaki itu dilakukan susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Sementara itu, pihak Bukit Aman dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan dalam masa terdekat.

Semalam, Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dilaporkan berkata operasi kelab komedi terletak di Taman Tun Dr Ismail itu digantung sementara kerana didapati tidak mempunyai lesen hiburan sejak 2014 hingga 2017.

Katanya, pemilik premis berkenaan hanya diberikan lesen restoran dan minuman keras, tetapi tiada lesen hiburan.

Dalam pada itu, Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Pulau Pinang (GNIPP) semalam, membuat laporan polis terhadap pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse dan meminta pihak berkuasa menyiasat sama ada wujud unsur penyebaran dakyah liberalisme di kelab itu selama ini.

Laporan polis turut dibuat oleh Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) bersama lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO) terhadap lelaki terbabit dan kelab komedinya atas dakwaan menghina agama Islam dan orang Melayu dalam persembahannya.