Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Guru didakwa hempas murid hingga patah kaki  -

Guru didakwa hempas murid hingga patah kaki 

SEORANG murid lelaki patah kaki kanan selepas didakwa dihempas seorang guru.

Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dalam kejadian di sebuah sekolah di Marang, Terengganu.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 6 Julai lalu ketika mangsa berusia sembilan tahun berada di sekolah berkenaan.

Sumber berkata, kejadian menimpa mangsa disedari ibunya berusia 36 tahun, kira-kira jam 5 petang pada hari sama selepas anaknya mengadu kakinya sakit.

“Mangsa memaklumkan guru itu mengangkat dan menghempasnya di atas kerusi sehingga kaki kanannya sakit.

“Guru dikatakan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan perlakuan mangsa ketika berada dalam kelas.

“Mangsa kemudian dibawa ke sebuah klinik untuk rawatan sebelum disahkan patah kaki kanan dan satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu untuk tindakan lanjut,” katanya lapor BH Online.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya.