Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Rakyat bimbang, mengeluh Panadol habis di pasaran -

[VIDEO] Rakyat bimbang, mengeluh Panadol habis di pasaran

ISU kekurangan bekalan beberapa jenis ubatan asas khususnya Panadol menjadi topik hangat apabila orang ramai mendakwa ubat yang sering diambil untuk merawat demam, selesema dan sakit kepala itu sukar didapati di pasaran.

Perkara itu berlarutan sejak awal tahun ini sehingga menyebabkan banyak farmasi dan kedai yang terpaksa mencatu stok ubat berkenaan.

Keadaan itu didakwa berpunca daripada peningkatan kes Covid-19 seperti dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu peningkatan sebanyak 31 peratus kes Covid-19 bagi tempoh 3 Julai hingga 7 Julai.

Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata netizen merungut akan kehabisan stok ubat jenis paracetamol terutamanya Panadol di pasaraya berdekatan mereka.

Situasi itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat memandangkan paracetamol dan beberapa ubat berkenaan adalah antara produk berkesan dalam merawat gejala kedua-dua penyakit terbabit.

“Ini benar, dua hari lepas aku pergi 7E (kedai serbaneka) nak beli Panadol Syrup dan CoolFever. Panadol Syrup tinggal dua kotak. CoolFever untuk kanak-kanak habis!,” luah @Iryanallsa di Twitter.

“Panadol habis, 100plus habis. Gelombang demam apa ni? Saya buat ujian Covid-19 tiga kali semua negatif,” tulis @dollsberry.

“Wah satu Batu Pahat Panadol habis. Esok kerja, macam tak ada harapan nak baik je malam ini. Nak pergi klinik tak larat,” ujar @nasyitahummi yang mendakwa tiada stok ubat berkenaan di Batu Pahat, Johor.

“Sakit kepala teruk. Semua kedai Panadol Actifast habis. Sekarang, suami pergi klinik ambil ubat sebab bini tak larat angkat kepala,” kata @debungamalaysia.

“Panadol tinggal sepapan. Di Speedmart dah habis. Esok sirih pinang gambir habis ku kunyah jadi penawar demam,” tulis @bumilangit. – SB