BEKAS Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri kelapan, Datuk Dr. Marzuki Mohamad, menimbulkan persoalan kenapa orang UMNO tidak suka perjanjian antara bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sedangkan perjanjian tersebut banyak menguntungkan orang UMNO.
Berikut kenyataan penuh Dr. Marzuki yang dimuatnaik di akaun Facebooknya pada Rabu.
PERJANJIAN antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob banyak menguntungkan orang UMNO. Dengan perjanjian itu lah seorang pemimpin UMNO menjadi Perdana Menteri.
Usah dinafikan apabila Perdana Menteri daripada UMNO, banyak orang UMNO dapat manfaat. Tak perlu saya hurai satu persatu apa manfaatnya.
Tetapi nampaknya orang UMNO lah yang paling tak suka dengan perjanjian itu. Ini saya kurang faham. Kenapa jadi begitu?
Sepatutnya sambut baiklah perjanjian itu. Dengan perjanjian itulah, semua Menteri dan Timbalan Menteri UMNO yang ada dalam kabinet kerajaan PN kekal dalam kabinet. Yang tak jadi Menteri sebelum ini pun dapat naik pangkat jadi Menteri.
Itu belum kira yang dapat merasa duduk dalam board GLC dan badan-badan berkanun. Daripada ketua cawangan, ketua puteri, ketua wanita, ketua pemuda sampailah ketua bahagian dapat merasa.
Kalau tak duduk dalam board GLC pun sekurang-kurangnya dapat jadi ketua kampung dan ahli JKKK.
Tak terfikir kah mereka yang semua ini berlaku kerana adanya perjanjian itu.
Tak terfikir kah mereka semua ini takkan berlaku kalau Tan Sri Muhyiddin tak tandatangan perjanjian itu dengan Dato’ Sri Ismail Sabri.
Jadi kenapa malu nak mengaku adanya perjanjian?
Yang ada rugi sedikit daripada perjanjian ini adalah orang-orang Bersatu.
Yang dulu duduk dalam board GLC dan badan-badan berkanun dah tak disambung lagi khidmat mereka. Tempat itu diisi oleh orang-orang Umno pula.
Tak mengapa lah, mungkin kerana dah tamat tempoh perkhidmatan, tak disambung pun tak pe. Dapat peluang berkhidmat setahun dua pun dah cukup bertuah.
Mereka tak bising. Mereka tak buat hal. Malah mereka lah yang paling kuat mempertahankan perjanjian antara Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Sri Ismail Sabri kerana hormat mereka kepada pemimpin parti.
Tawadduk betul orang-orang Bersatu ni.
Saya rasa bertuah berada dalam parti yang dikelilingi oleh orang-orang yang tawadduk. Tidak tamak dan haloba. Reda saja dengan ketentuan Allah.
Jika ada rezeki ada lah. Jika tak ada rezeki kali ini, mungkin Allah nak bagi yang lebih baik.
Mungkin itu lah yang ada dalam pemikiran orang-orang Bersatu yang tawadduk ini.
Mereka fokus buat kerja. Mangsa banjir kepala air di Baling dibantu. Bakul makanan terus dihantar ke rumah2 dalam keadaan rakyat susah zaman inflasi ini. Srikandi Bersatu pelopori projek tanaman hidroponik sayur-sayuran untuk diagih secara percuma kepada orang-orang kampung.
Ahli-ahli Parlimen dan ADUN Bersatu terus buat kerja untuk rakyat. Mereka tak sibuk nak ugut itu dan ini. Mereka tak ambil pot pun apa orang Umno nak kata.
Mungkin inilah budaya politik baru yang dicari. InsyaAllah dalam setiap kesusahan ada kesenangan. Itu janji Allah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.