Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
2,345 kes COVID-19 dicatatkan -

2,345 kes COVID-19 dicatatkan

SEBANYAK 2,345 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan hanya tiga daripadanya merupakan kes import.

Menurut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal CovidNow, sebanyak tiga kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan

Satu daripada kes itu adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, angka kematian baharu itu membawa jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 35,819 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 35,716 kes, dengan 34,411 atau 96.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 21 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,232 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 52 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 31 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 21 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kes sembuh yang direkodkan pada Selasa ialah 2,384 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,529,201 kes.