Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pasangan disyaki hina Islam didakwa esok  -

Pasangan disyaki hina Islam didakwa esok 

WANITA yang didakwa menghina agama Islam di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur akan didakwa di Mahkamah Sesyen Siber, esok. 

Setiausaha Polis Malaysia Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata kertas siasatan berhubung kes itu telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara hari ini. 

“Polis mendapat arahan untuk menuduh wanita itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat).

“Tempoh reman ke atas suspek wanita itu yang tamat hari ini akan disambung sehingga esok,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Turut didakwa esok adalah teman lelaki wanita itu yang akan dituduh mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Lelaki itu ditahan reman tiga hari bermula 11 Julai hingga 13 Julai.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 54 saat tular di media sosial, minggu lepas, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta telah menghafaz 15 juzuk al-Quran lalu menanggalkan baju kurung dan tudungnya hingga mendedahkan aurat.

Perbuatannya itu telah mendapat sorakan dan gelak tawa dalam kalangan penonton kelab berkenaan.