Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MRA lancar projek Qurban Terbaik di Afghanistan -

MRA lancar projek Qurban Terbaik di Afghanistan

WALAUPUN seluruh dunia masih lagi dibelenggu dengan pandemik COVID-19, namun Malaysian Relief Agency (MRA) terus memainkan peranan dalam menyemarakkan semangat kebersamaan dan kasih dengan melancarkan projek Qurban Terbaik di Afghanistan.

Projek berkenaan tertumpu di Afghanistan bagi membantu golongan asnaf dan fakir miskin di negara berkenaan.

MRA menerusi satu kenyataan berkata, projek korban itu menyasarkan jumlah korban sebanyak 118 ekor lembu yang akan membantu 7080 buah keluarga di 33 buah negeri dan 12 daerah.

Antara negeri yang terlibat di dalam projek berkenaan adalah ibu negara Afghanistan, Kabol, Samangan, Konduz, Takhar, Badakhshan, Konarha, Laghman, Kapisa, Khowst, Wardak, Nangarhar dan Helmand.

Dalam pada itu, bagi misi kemanusiaan ke luar negara tahun ini, MRA telah menghantar tiga orang wakil MRA ke Afghanistan bagi menyempurnakan projek Qurban Terbaik. – SB